APA ITU Perlindungan Komprehensif/first party insurance???
******************************************
Untuk perlindungan komprehensif, ianya memberikan perlindungan yang menyeluruh seperti berikut:-
1) Kenderaan sendiri
***********************
Ianya melindungi kenderaan sendiri daripada kerosakan akibat kemalangan atau kecurian. Apabila kita membuat tuntutan kerosakan ke atas kenderaan sendiri maka kita akan kehilangan NCD.
2) Kenderaan pihak ke tiga
*******************************
Ini bermaksud pihak ketiga akan membuat tututan ke atas pihak insuran/syarikat takaful kita sekiranya kemalangan tersebut disebabkan oleh kesalahan kita. Apabila pihak ke tia membuat tuntutan ke atas polisi kita maka kita juga akan kehilangan NCD.
3) Harta benda pihak ketiga
********************************
Perlindunga komprehensif juga melindungi harta benda pihak ketiga akibat kesalahan kita. Misalnya kereta kita terbabas dan melanggar rumah orang, maka pihak tuan rumah boleh menuntut kerugian daripada syarikat insuran/takaful kita.
No comments:
Post a Comment